SOALAN: Apakah hukum mengahwini seorang pelacur yang ingin bertaubat? Apakah jaminan yang membolehkan kita percaya bahawa ia tidak akan mengulangi perbuatannya lagi?
– Amran Sudin, Banting
JAWAPAN: Kata ulama kita dalam mazhab (al-syafiah) hukumnya boleh serta makruh, cuma tidak digalakkan. Ini kerana Islam amat menekankan keperibadian (akhlak) bakal pasangan masing-masing. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: " Setelah dibilangnya beberapa kriteria wanita bakal pilihan maka kamu dapatkanlah wanita yang beragama (berakhlak mulia) pasti beruntunglah usahamu” (Maksud hadis sahih). Adapun ayat yang menyebut wanita penzina (pelacur jahat dan sebagainya) itu diharamkan (lazimnya tidak diingini) oleh lelaki yang beriman dan begitulah sebaliknya, mereka diharamkan bagi orang mukmin itu” (Maksud surah An-Nur ayat 3).
Dalam hal ini kata ulama ditegah dengan makna tegahan makruh sahaja. Jadi sekiranya wanita (lacur) itu sudah bertaubat nasuha dan dapat dipercayai kesungguhan dan penyesalannya, maka dibolehkan seseorang lelaki itu mengambilnya sebagai isteri dengan tujuan menyelamatkan ia dari terus terjerumus dalam lembah kehinaan tersebut. Dan diharapkan dia akan beroleh ganjaran yang besar dari Allah atas niatnya yang baik dan suci itu kerana mereka yang telah bertaubat itu adalah bersih dan sama seperti mereka yang tidak pernah melakukan sebarang dosa. Demikianlah maksud hadis Rasulullah SAW. Wallahualam.
Gunung Senyum 20 gua
17 years ago

No comments:
Post a Comment