1. Semua orang perlu hidayat. Nabi SAW kata cara hidupnya seperti air yg semua orang perlu untuk hilangkan dahaga. Jadi untuk dapat hidayat kena ikut cara hidup Nabi SAW.
2. Apa itu hidayat? Hidayat ialah nur yang Allah letak dalam hati manusia yang mana manusia dapat tahu apa perintah dan larangan Allah.
3. Mana dapat hidayat? Hanya Allah bagi hidayat. No one else. 2 asas hidayat iaitu dakwah dan doa. Siang ingatkan manusia, malamnya nangis depan Allah.
4. Dunia darul asbab. Bila dakwah dan doa bertemu ditahap yg mana Allah suka maka hidayat akan turun.
5. Daerah usaha hidayat kita seluruh alam seperti daerah usaha hidayat Rasulullah s.a.w.
6. Untuk dapat sesuatu kena ada asbab. Tetapi asbab perlu ada hakikat. 6 perkara itu pasti datangkan hidayat tetapi kena ada hakikat iaitu ada ghast,kasih sayang, muamalat, akhlak dan sebagainya. Contoh: Masak tapi letak kapur soda. Walaupun masakan nampak cantik tapi tak sedap. Jadi walaupun buat dakwah tapi selain kerana Allah, maka ia merosakkan yakin kita walaupun dapat manfaat dunia.
7. Apa dakwah yang betul? Dakwah kepada Allah iaitu dakwah semua Nabi. Tiada perkauman, negara, kaum dan sebagainya. Kena putuskan segala hubungan dakwah selain kerana Allah. Selagi dakwah illallah yang betul. Kalau tak betul, ia tidak akan sebarkan hidayat, malah akan datangkan kerosakan. Nabi SAW kata kepada sahabat, "aku tinggalkan usaha dakwah ini yang mana kamu semua kena putuskan dari semua asbab kecuali Allah". Contoh: Kalau sembelih ayam tak putuskan urat yang betul, maka ia jadi bangkai atau ia hidup dengan huyung-hayang. Kalau dakwah dengan betul maka hidayat tersebar seluruh dunia. Org tak mau agama, akan tertarik kepada agama.
8. Maulana Ilyas bagitahu usaha dakwah ini cara Nabi dan sahabat. Kalau ikut cara Nabi, kesan seperti zaman Nabi dengan syarat tertib, adab dan mizaj Nabi. Sepertimana zaman sahabat letak garam dalam air jadi masin, kesan yang sama zaman ini jika letak garam dalam air pasti jadi masin.
9. Nabi ada keyakinan terhadap apa yang dia ajak. Semua orang fikir macamana nak bunuh Nabi. Apabila Nabi hijrah maka org Mekah mahu dapatkan ganjaran jika dapat bunuh Nabi. Nabi telah sembunyi dalam gua dengan Abu Bakar. Nabi kata Allah bersama kita. Kita kena yakin dalam dakwah bahawa Allah bersama kita tidak kira apa keadaan pun. Jika ada yakin ini, insyaAllah kita akan jadi asbab untuk bangunkan kerja di semua tempat.
10. Khutbah Nabi ringkas sepertimana surat Nabi kepada pemimpin dunia. Tetapi usaha Nabi 23 tahun atas sahabat. Nabi ajar haji dlm masa 5 hari tetapi apa hubungan, akhlak, persediaan, niat betul itu Nabi ajar 23 tahun. Begitu juga dengan solat, puasa dan zakat, tertib pendek tapi hakikatnya Nabi usaha 23 tahun atas sahabat. Maulana Yusuf kata kalau pandu ikut Hayatus Sahabah, maka dapat usaha dakwah yang betul.
11. Hayatus Sahabat mula dengan taat dan akhir dengan bantuan ghaib dari Allah. Dalam usaha ini kena taat dengan syura dan mesyuarat. Taat kepada Allah dan Rasul mula dengan taat kepada orang tanggunjawab. Buat usaha semata-mata kerana Allah. Ini permulaannya. Akhir dengan bantuan ghaib. Apabila majoriti umat nampak akan ini, mereka akan rebutkan agama. Bagaimana nak buat? Cara sahabat iaitu mujahadah, rendah diri, akhlak etc. Dalam Hayatus Sahabat ada ceritakan tentang ini.
12. Contoh batu kisar umpamanya usaha agama. Adanya pengisar, lubang etc. Orang akan letak segenggam gandum tak kira ianya ada yang tak elok. Jika pengisar bergerak maka ia akan jadi tepung. Dalam usaha ini apabila semua tertib diikuti, ia akan jadi manfaat sepertimana tepung tadi. Tepung tadi dihantar ke seluruh dunia. Jadi kena sediakan semua orang untuk amal masjid, tak kira jenis orang. Orang datang ke masjid Nabawi jahil tapi keluar jadi dae'i.
13. Semua kena jaga amal masjid. Dalam pengisar, ada biji yang tak masuk dalam pengisar, maka biji tadi tidak hancur jadi tepung. Dalam usaha ini tetapi tidak hancurkan diri dengan usaha agama (ghast, taklim etc.) maka tidak jadi asbab hidayat walaupun nampak macam buat usaha agama.
Gunung Senyum 20 gua
17 years ago

No comments:
Post a Comment